LONDON – Kejelitaan seorang wanita Jordan, Sahar Darwazeh di usia 45 tahun sering membuatkan dia dianggap sebaya dengan pasangan anak kembarnya yang berusia 24 tahun, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Sahar menjadi tular apabila muncul dalam video TikTok bersama anak kembarnya, Dana dan Juana Naseer.
Pengikut media sosial Dana pada mulanya menyangka Sahar adalah kembar ketiga yang baru memunculkan diri sebelum wanita itu memperkenalkan diri sebagai ibu kepada dua anak gadisnya.
“Wajah kami sangat seiras sehingga ramai yang menyangka kami ialah pasangan kembar tiga.
“Saya dan Juana sangat bertuah kerana mempunyai seorang ibu yang jelita, sihat dan bersantai bersama kami seperti sahabat karib,” kata Dana.
Dana yang kerap berulang-alik antara Kota London dan Jordan, turut mengakui bahawa dia tidak menyangka pengikutnya sangat menyukai status yang turut melibatkan ibunya. – Agensi