fbpx

Apa ada hal, beli motosikal RM12,423 guna duit syiling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan kedai bersila di atas lantai sambil mengira wang syiling yang diberi seorang pelanggan untuk membeli motosikal Honda PCX. - Sanook

BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Chon Buri, timur Thailand berjaya membeli sebuah motosikal idaman jenama Honda PCX hasil tabungan syiling berjumlah 102,500 baht (RM12,423), lapor laman Thaiger semalam.

Pembayaran unik itu berlaku di Akhom Charoen Motorcycles Chon Buri apabila seorang pelanggan menelefon dan bertanya jika kedai itu menerima wang tunai dalam bentuk syiling sebelum mendapat jawapan persetujuan.

“Cuba bayangkan ada berapa duit syiling di dalam karung ini. Pelanggan ini memberitahu kami bahawa dia menyimpan wang setiap hari untuk membeli motosikal ini secara tunai.

“Kami berbangga dan sangat senang hati untuk mengiranya untuk anda tanpa sebarang caj tambahan,” tulis status Facebook kedai berkenaan.

Kakitangan kedai hanya mengambil masa 20 minit untuk mengira dua karung yang penuh dengan syiling kerana pelanggan tersebut telah mengasingkannya dalam longgokan 100 baht (RM12). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI