fbpx

Budak 7 tahun tangkap ‘belut pisang’ jarang dilihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘Belut pisang’ tersebut dipamerkan di di dalam akuarium di Ise Sea Paradise, wilayah Mie pada 18 September lalu. - The Mainichi

TOKYO – Seekor ‘belut pisang’ yang ditangkap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun kini dipamerkan di sebuah akuarium di wilayah Mie, Pulau Honshu, Jepun, lapor akhbar The Mainichi semalam.

Yoshihito Ueyama, menangkap haiwan itu pada 26 Ogos lalu di sebuah terusan dekat rumahnya.

Kanak-kanak tersebut pergi ke terusan itu hampir setiap hari ketika musim panas tahun ini untuk memancing.

Secara kebetulan, Ueyama menemui belut berwarna kekuningan itu yang belum pernah dilihatnya, namun dia terpaksa mencuba berulang kali sebelum berjaya menangkapnya.

Belut itu  tersangkut pada mata kail  Ueyama dan merentap  tali pancing dengan kuat sehingga putus. Ueyama bagaimanapun berjaya menangkap belut itu menggunakan dua tangannya dan memasukkan haiwan tersebut ke dalam jaring.

“Saya amat gembira kerana berjaya menangkap belut itu sebelum bergegas pulang ke rumah,” kata Ueyama yang pada awalnya, merancang untuk membela haiwan tersebut.

Belut pisang sepanjang kira-kira 45 sentimeter itu dikenali melalui tompokan berwarna kuning dan hitam. Ia ditempatkan di akuarium Ise Sea Paradise sejak 29 Ogos lalu dan menjadi tarikan pengunjung yang beratur panjang untuk melihatnya.

Sementara itu, seorang peminat haiwan tersebut, Mizuki Abe berkata, ia merupakan spesies belut Jepun dan corak luar biasa berwarna hitam dan kuning itu adalah kesan daripada mutasi genetik.

Tambahnya, keadaan warna itu berlaku hanya satu dalam puluhan ribu hingga 100,000 ekor belut. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI