fbpx

Tiada kompromi pada mana-mana madrasah dera pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (kiri) merasmikan naik taraf Surau Al -Faizin dan Tazkirah Maulidur Rasul 1444H di SMK Tengku Menteri, Changkat Jering hari ini.- Foto WAT KAMAL ABAS

BUKIT GANTANG – Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana madrasah di negara ini yang melakukan penderaan terhadap penghuninya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya ia melibatkan pelanggaran undang-undang.

“Ia supaya memberi pengajaran kepada orang lain kerana merosakkan imej Islam.

“Kita harap orang ramai membuat laporan kepada pihak berkuasa agama negeri sekiranya mempunyai maklumat untuk diambil tindakan,” katanya di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang bekas penghuni sebuah madrasah di Selangor yang mendakwa didera ketika berada di pusat berkenaan.

Madrasah terbabit dalam satu kenyataannya sebelum ini menafikan dakwaan tersebut.

Susulan kejadian itu, seorang wanita telah pun didakwa di Mahkamah Shah Alam atas dakwaan membuat laporan palsu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI