fbpx

Baja padi, racun serangga perlu jadi barang kawalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (lima kanan) bersama penerima anugerah pesawah terbaik di Tanjong Karang hari ini.

KUALA SELANGOR – Baja padi dan racun serangga akan dicadangkan sebagai barang kawalan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi minggu depan.

Ahli Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Noh Omar berkata, cadangan dasar itu perlu dilaksanakan sebagai usaha membantu kerajaan mengawal kenaikan harga input pertanian ketika ini.

Katanya, tambahan itu bagi meringankan beban pesawah di negara ini dengan ditambah masalah kemerosotan hasil padi.

“Pesawah kini bukan saja berdepan kos harga pertanian namun masalah serangan penyakit padi, serangga perosak, ribut dan banjir.

“Justeru, cadangan menetapkan harga kawalan bagi baja dan racun perlu dilaksanakan bagi membantu pesawah di seluruh negara termasuk Tanjong Karang,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Hari Ladang Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor di Pukal Blok E Sawah Sempadan, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Jelas Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu meningkatkan taraf hidup pesawah.

“Inisiatif itu antaranya menyalurkan semula bantuan pesawah berjumlah RM800 setahun bagi dua musim sementara menunggu hasil tuaian padi.

“Insentif berkenaan pernah diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) namun dihentikan Pakatan Harapan (PH) dan kini dikembalikan semula kerajaan,” ujarnya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI