fbpx

Jet pejuang iring pesawat SIA, lelaki diberkas buat ancaman bom palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang penerbangan SQ300 meninggalkan lapangan terbang kira-kira pukul 9.40 pagi tadi (waktu tempatan). – Feline Lim

SINGAPURA – Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan kerana didakwa membuat ancaman bom palsu di dalam sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang berlepas dari kota raya San Francisco dan mendarat di Singapura awal pagi tadi, lapor akhbar The Straits Times.

Menurut akhbar itu, lelaki yang ditahan adalah warga asing.

Penerbangan SQ33 yang meninggalkan San Francisco pukul 10.26 malam (waktu tempatan) Isnin lalu bersama 209 penumpang dan 17 kru, diiringi oleh dua jet pejuang Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) sebelum mendarat di Lapangan Terbang Changi pukul 5.50 pagi (waktu tempatan) hari ini, demikian menurut RSAF dan polis.

Polis dimaklumkan mengenai ancaman bom itu kira-kira pukul 2.40 pagi (waktu tempatan) tadi.

Pesawat itu berhenti di kawasan terpencil lapangan terbang untuk pemeriksaan keselamatan, demikian menurut jurucakap Singapore Airlines.

“Unit Pertahanan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan Tentera Singapura serta Polis Lapangan Terbang berada di lokasi tersebut untuk mengesahkan dakwaan.

“Ancaman itu kemudian disahkan sebagai palsu, manakala suspek telah ditangkap,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan di Facebook.

Selepas pemeriksaan keselamatan selesai, pesawat itu dibawa ke Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.

“Siasatan awal menunjukkan bahawa seorang penumpang lelaki berusia 37 tahun telah mendakwa bahawa ada sebutir bom di dalam beg tangan dan menyerang anak kapal.

“Dia ditangkap oleh kru kabin dan kemudian ditahan polis di bawah Peraturan 8(1) Peraturan-Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Langkah-Langkah Anti-Keganasan) kerana disyaki mengambil dadah. Siasatan polis sedang dijalankan,” kata polis.

Di bawah Peraturan 8(1) Peraturan-Peraturan PBB (Langkah-Langkah Anti-Keganasan), adalah menjadi kesalahan bagi seseorang untuk membuat dakwaan palsu mengenai tindakan pengganas sama ada telah, sedang atau akan dijalankan.

Mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi AS$500,000 (RM2.3 juta) atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya sekali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI