fbpx

Dahulu diuji kanser otak, kini strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nurakhmarieyhan kini hanya mampu terbaring selepas diserang strok ketika ditemui di PPRT, Kampung Sentosa, Tanjung Sedili, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Seorang gadis berusia 20 tahun terlantar sejak tujuh bulan lalu selepas rebah ketika menyapu di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Sentosa, Tanjung Sedili di sini.

Sebelum ini, Siti Nurakhmarieyhan Mohd. Adam menghidap penyakit kanser otak dan bergantung dengan kerusi roda untuk bergerak.

Ibunya, Rohaya Said, 55, berkata, anaknya pernah menjalani pembedahan tiriod seba­nyak dua kali sewaktu berusia 14 tahun, tujuh kali pembedahan otak dan sekali pembedahan membuang cyst.

“Selepas dibedah, dia masih boleh berjalan dan ke sekolah seperti biasa sehinggalah terjatuh tujuh bulan lalu menyebabkan lumpuh separuh badan.

“Anak saya sepatutnya menjalani pembedahan cyst sekali lagi, namun doktor menasihati supaya tangguh dahulu,” katanya tanya ketika ditemui semalam.

Menurut Rohaya, keadaan ke­sihatan anaknya semakin merosot ketika ini kerana anaknya tidak mempunyai selera makan dan hanya meminum air.

Keadaan fizikal Siti Nurakhmarieyhan kini semakin kurus. Walaupun doktor ada memberikan makanan tambahan, namun selera makannya tetap tiada.

“Doktor beritahu anak saya sudah tidak boleh menjalani kemoterapi kerana badannya sudah tak kuat. Doktor meminta saya menerima kenyataan ini (tiada lagi rawatan kemoterapi).

“Sebagai ibu, saya hanya mampu berdoa agar Allah mengurangkan kesakitannya. Adakalanya okay, kadangkala tidak,” ujarnya.

Rohaya memberitahu, anak­nya perlu menjalani rawatan lanjut di hospital dan menggunakan lampin pakai buang kerana tidak mampu duduk. Siti Nurakhmarieyhan juga menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal.

Selain Siti Nurakhmarieyhan, Rohaya pula menghidap penyakit­ kencing manis, darah tinggi dan semput.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian menerusi akaun RHB bernombor 15106700123837 (Siti Nur Akhmariena) atau menghubungi talian 011-18601152.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI