fbpx

Dua pekerja kilang tinggal beg tangan dalam kereta rugi RM350

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Syazwani menunjukkan cermin kecil pada bahagian penumpang belakang yang dipecah semasa dia sedang makan di sebuah gerai di Jalan Panji, Kota Bharu malam tadi. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Dua pekerja kilang berputih mata apabila kehilangan beg tangan selepas kereta yang dinaiki mereka dipecah semasa singgah makan di sebuah gerai di Jalan Panji di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam, mangsa, Nurul Syazwani Mustapa 31, dan sepupunya, sepupunya, Nur Maslinda Ibrahim, 24, meninggalkan beg tangan masing-masing di dalam kereta semasa tiba di gerai makan itu.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia kehilangan pelbagai dokumen termasuk wang tunai RM300 yang disimpan untuk perbelanjaan sementara menerima gaji hujung bulan ini.

“Sepupunya saya pula hilang wang tunai sebanyak RM50 dan beberapa dokumen peribadi. Saya menyedari kejadian itu semasa sampai di kereta jenis Perodua Viva milik saya untuk pulang ke rumah selepas makan di sebuah gerai di kawasan itu.

“Kami berdua meninggalkan beg tangan di dalam kereta dan hanya membawa wang untuk membayar makanan sebelum menyedari cermin kereta dipecahkan pencuri serta mendapati kedua-dua beg tangan lesap,”katanya.

Katanya, susulan kejadian itu, mereka terus membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa di sini malam tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI