fbpx

Ribut petir di lapan negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lapan negeri petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu diramalkan melanda beberapa kawasan di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub.

“Ia turut melibatkan negeri Kedah iaitu di Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik dan seluruh kawasan Pulau Pinang.

“Bagi negeri Perak hujan lebat dijangka berlaku di Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan di Selangor meliputi Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor manakala Negeri Sembilan di daerah Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Cuaca sama turut dijangka melanda Melaka di daerah Jasin, manakala di Johor pula hujan lebat diramal melanda Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Ribut petir dan hujan lebat bagi kawasan terlibat dijangka akan berterusan sehingga pukul 3 petang nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI