fbpx

Bukan culik, cuma salah faham dengan jurujual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

HULU TERENGGANU – Polis menafikan dakwaan kewujudan kes cubaan menculik seorang budak perempuan berusia empat tahun di Kampung Menerong, Ajil di sini yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati ia cumalah salah faham antara ibu kanak-kanak itu dan sekumpulan pekerja jurujual peralatan gas memasak.

“Polis telah memanggil tiga individu bagi membuat keterangan berikutan laporan dibuat suri rumah terbabit pada pukul 3.50 petang semalam.

“Siasatan mendapati tiada unsur menculik atau cubaan menculik kanak-kanak terbabit dalam kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu tular di media sosial dakwaan seorang suri rumah kononnya anak perempuannya berusia empat tahun cuba dilarikan sekumpulan individu tidak dikenali yang mengunjungi rumahnya.

Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu, kumpulan jurujual terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita tersebut menawarkan peralatan gas memasak tetapi ditolak suri rumah berusia 29 tahun berkenaan.

Jurujual wanita terbabit kemudiannya didakwa tiba-tiba mahu menarik kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu namun sempat berpaut kepada ibunya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI