fbpx

Talian WhatsApp Datuk Wira bantu para usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan.

PETALING JAYA – Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman pada Ahad lalu telah memperkenalkan talian WhatsApp Datuk Wira khusus bagi membantu para usahawan ketika ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, talian tersebut telah dilancarkan pada Ahad lalu di Telegram Azizan Osman Official.

“Usahawan berpeluang bertanyakan soalan berkaitan keusahawanan secara langsung kepada Dr. Azizan, melalui aplikasi permesejan itu.

“Inisiatif ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu usahawan-usahawan di luar sana yang kami faham sedang berdepan pelbagai cabaran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Radz menambah, Dr. Azizan dibantu pasukan RichWorks akan menjawab persoalan mereka dengan menghantar kembali mesej dan video jawapan berkaitan.

“Oleh itu, RichWorks mengajak bangsa usahawan terutama mereka yang sudah bertahun berniaga, namun masih kekal di tahap sama bertanyakan soalan.

“Kami tidak sanggup, melihat mereka yang serius membina bisnes bertahun-tahun mengalami kejatuhan hingga jika tak terkawal boleh melingkup,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr. Azizan juga akan meluangkan masanya setiap Ahad bermula minggu ini sebagai persediaan usahawan sebelum berjumpa secara langsung di 10X Bina Bisnes Berjaya, hujung Oktober ini.

“Sesi khas itu berlangsung pada 2, 9, 16 dan 23 Oktober bermula pukul 8 pagi yang mana Dr. Azizan memberikan panduan dan strategi penting bagi usahawan masa ini,” jelasnya.

Untuk menghantar mesej WhatsApp Datuk Wira, boleh ke pautan ini, bit.ly/tanyadwdao atau imbas QR kod tertera. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI