fbpx

Cuaca buruk di Pantai Timur dan Sarawak malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kawasan Pantai Timur dan Sarawak malam ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, di Terengganu ia melibatkan Hulu Terengganu dan Marang.

Sementara itu, bagi Pahang amaran cuaca buruk hanya dikeluarkan di daerah Tanah Tinggi Cameron dan Lipis.

“Sementara itu, Perak juga menerima cuaca buruk sama bagi daerah Kinta dan Kampar.

“Sarawak pula meliputi Sibu, Kapit (Song), dan Bintulu (Tatau) serta keadaan cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam nanti,” katanya hari ini.

Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI