fbpx

BNM, BI perbaharui perjanjian LCBSA bernilai RM8 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penganalisis menjangkakan ringgit akan mengukuh tahun ini. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia (BI) telah memperbaharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala (Local Currency Bilateral Swap Agreement, LCBSA) dengan jumlah pengaturan swap hingga RM8 bilion/IDR28 trilion.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pembaharuan perjanjian ini merupakan susulan perjanjian pertama yang ditandatangani pada tahun 2019 dan akan berkuat kuasa untuk tempoh tiga tahun. 

Perjanjian yang diperbaharui ini mengukuhkan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua bank pusat.

“Memandangkan aliran perdagangan yang tinggi  antara Malaysia dengan Indonesia, kami berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan Bank Indonesia melalui pembaharuan LCBSA ini. 

“LCBSA juga menyumbang kepada Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (Local Currency Settlement Framework, LCSF) antara kedua-dua negara iaitu pengaturan yang menggalakkan penggunaan mata wang tempatan secara lebih meluas bagi penyelesaian perdagangan dan pelaburan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Selain itu, Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo menerangkan, Bank Indonesia percaya bahawa pembaharuan pengaturan swap mata wang ini mencerminkan kerjasama kewangan yang terus kukuh antara Bank Indonesia dengan Bank Negara Malaysia, dan akan terus membina keyakinan pasaran terhadap asas ekonomi kedua-dua negara. 

“Pembaharuan swap ini juga menunjukkan komitmen kami untuk memperkukuh kestabilan pasaran kewangan melalui usaha menggalakkan penggunaan mata wang tempatan yang lebih meluas untuk transaksi dua hala antara Indonesia dengan Malaysia,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI