fbpx

Elakkan kekerasan rawat penagih dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
WARTAWAN EKSEKUTIF, SITI A’ISYAH SUKAIMI

Baru-baru ini, media me­laporkan mengenai nasib seorang peng­huni sebuah madrasah di Selangor yang menawarkan rawa­tan gangguan dan juga dadah. Kes tersebut telah pun dituduh dan dibicara di Mahkamah Shah Alam kelmarin.

Secara umumnya, apabila membincangkan tentang rawatan pemulihan dadah, kumpulan tersebut seharusnya dilayan sebagai pesakit dan diklasifikasi mengalami gangguan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Farhana Sabri, apabila dika­tegorikan sebagai pesakit, maka kaedah kekerasan dilihat tidak sesuai untuk tujuan rawatan.

“Terdapat beberapa pendekatan yang boleh diguna pakai bagi kekerasan, tetapi ia merujuk kepada psikologi bukannya fizikal. Misalnya pendekatan ‘therapeutic community’.

“Di Malaysia, Persatuan Pe­ngasih Malaysia misalnya mengamalkan kaedah itu. Ia dilihat ‘keras’ sedikit, misalnya mening­gikan suara supaya pesakit sedar kesalahan mereka.

“Kekerasan ini tidak merujuk kepada fizikal seperti membuli atau menindas kerana kita tidak boleh menghukum dengan cara memukul atau memalukan pesakit. Hal ini dibincangkan dalam hak asasi manusia,” katanya.

Dr. Farhana yang juga pakar bidang kaunseling dadah dan ketagihan itu memberitahu, kaedah kekerasan boleh menyebabkan pesakit menjauhkan diri dan akhirnya mereka tidak akan meninggalkan bahan larangan tersebut.

“Dadah ini melibatkan kebergantungan biologi, walaupun mereka tak mahu ambil dadah, tetapi badan mereka bergantung bahan itu. Jika tidak diambil, badan tidak boleh berfungsi.

“Jika kaedah kekerasan digunakan, mereka memberontak seterusnya membawa haluan seperti tinggal bawah jambatan kerana hilang kepercayaan kepada orang yang membantu,” ujarnya.

Menurut Farhana, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mempunyai dua pusat bagi tujuan rawatan dan pemulihan dadah iaitu Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) dan Cure & Care (Pulih & Prihatin).

Pelatih Puspen dimasukkan ke situ selepas mendapat arahan mahkamah dan dirawat selama 12 bulan. Cure & Care pula adalah untuk individu yang datang secara sukarela untuk memulihkan ketagihan dadah.

Jelasnya, apabila kaedah kekerasan seperti memukul dan sebagainya dilakukan ke atas pesakit, ia pastinya akan menghalang u­saha kerajaan untuk membantu penagih dadah meninggalkan musuh nombor satu negara tersebut.

Justeru, beliau mencadang­kan masyarakat supaya peka dan ambil peduli nombor telefon AADK di daerah masing-masing dalam membantu orang sekeli­ling terbabit dadah.

“Sebagaimana mereka simpan nombor telefon balai polis berdekatan, saya berpandangan sudah tiba masanya kita me­nyimpan nombor telefon AADK.

“Kesedaran masyarakat terhadap fungsi AADK masih rendah. Mereka menyangka penagih dadah ditangkap, dimasukkan ke dalam lokap dan dibawa ke mahkamah sedangkan kumpulan tersebut juga boleh dirujuk kepada Cure & Care (Pulih & Prihatin) bagi rawatan pemulihan,” katanya.

Pada masa sama, Dr. Farhana turut mencadangkan AADK memperkasakan badan bukan kerajaan yang belum berdaftar untuk mekanisme pemulihan dadah supaya segera berbuat demikian sekali gus memastikan pesakit dilayan selaras dengan saranan WHO.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI