fbpx

Dua lelaki cuba seludup arak RM628,433

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhd. Zailani (tengah) menunjukkan arak seludup bernilai RM628,433 yang dirampas pihaknya dalam tiga serbuan di beberapa lokasi berasingan semalam.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Dua lelaki ditahan bersama 3,229 liter arak seludup bernilai RM628,433 menerusi tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, serbuan itu dilakukan bermula pukul 4.40 petang sebelum menahan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 52 tahun

Katanya, ketika penguatkuasaan dibuat di kawasan pantai Forest City, anggota mengekori sebuah kenderaan yang mencurigakan sehingga ke Jalan Paya Manis, Taman Johor.

“Serbuan dilakukan dengan menahan dua lelaki warga tempatan yang sedang menjalankan urus niaga. Hasil soal siasat terhadap mereka membawa kepada serbuan di dua lokasi berasingan di Taman Johor dan Taman Bukit Kempas.

“Pemeriksaan dijalankan menyaksikan anggota merampas sejumlah 235 kotak dan 65 karton minuman keras beserta sebuah kenderaan bernilai RM703,433,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Muhd. Zailani turut memberitahu, kedua-dua suspek beserta barang rampasan dibawa ke Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua untuk tindakan lanjut.

“Manakala kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d)Akta Kastam 1967.

“PPM Wilayah Dua akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain dalam menangani isu penyeludupan,” ujarnya.

Tambah beliau, sehubungan itu pihaknya turut berharap masyarakat boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dengan menghubungi talian 07-2372221.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI