fbpx

Berselera makan sandwic sebelum ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al Miahnor menunjukkan gambar anaknya, Abdul Rafiuddin yang mati lemas di Sungai Dungun berhampiran Kampung Rajawali, Dungun kelmarin.

DUNGUN – Seorang ibu tidak menyangka perubahan anak­nya yang berselera menikmati sarapan sebelum ke sekolah merupakan petanda pemergian anaknya yang ditemui lemas di Sungai Dungun, berhampiran Kampung Rajawali di sini kelmarin.

Al Miahnor Ali, 47, berkata, kebiasaannya, anaknya, Abdul Rafiuddin Abdul Rashid, 12, tidak gemar bersarapan dan hanya mahu membawa menu disiapkan tersebut sebagai bekal makanannya ke sekolah.

“Semalam (kelmarin) saya buatkan sandwic kegemarannya, anak saya (Abdul Rafiuddin) beritahu tidak mahu bawa bekal sebaliknya mahu makan di rumah.

“Saya tengok dia sangat berselera tidak seperti kebiasaan. Tak sangka itu juadah terak­hirnya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun di sini semalam.

Abdul Rafiuddin yang merupakan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Pulau Serai di sini maut dalam kejadian lemas di Sungai Dungun pada pukul 6 petang kelmarin.

Al Miahnor berkata, dia juga diberitahu guru-guru Abdul Rafiuddin, anaknya yang sebelum ini peramah dan gemar bergaul bertukar sikap menjadi pendiam di sekolah sejak akhir-akhir ini.

Dalam pada itu, dia tidak menyangka Abdul Rafiuddin dan rakan-rakan bermain di Sungai Dungun kerana anak keenam daripada tujuh beradik itu memberitahu mahu bermain bola sepak.

Jelasnya, padang permainan tersebut yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Kampung Pulau Serai di sini berhampiran dengan sungai tersebut.

“Apa pun, benda sudah terjadi dan saya bersyukur jasadnya ditemui pada pukul 2.30 pagi tadi (semalam).

Jenazah Abdul Rafiuddin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelandang, Pulau Serai di sini pukul 2.20 petang semalam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI