fbpx

Presiden Ukraine orang Yahudi paling berpengaruh 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zelensky dianggap ikon selepas mengemudi Ukraine dalam peperangan menentang tentera Kremlin sejak Februari lalu. - GQ

KIEV – Akhbar Jerusalem Post menobatkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky sebagai orang Yahudi paling berpengaruh pada tahun 2022, lapor laman berita RT kelmarin.

Akhbar Israel itu menyifatkan bekas pelawak itu sebagai ikon Yahudi dan memuji penggunaan media dan diplomasi beliau dalam mempengaruhi Barat supaya menentang Russia dan Presiden Vladimir Putin.

Arahan Zelensky agar media tidak menggunakan perkataan propaganda meninggalkan impak begitu hebat sehingga mampu meyakinkan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah untuk mencerca bukan sahaja Putin tetapi semua perkara yang berasal dari negara itu bermula daripada atlet hingga kucing biru Russia.

Beliau juga berjaya mengubah pendirian berkecuali selama berdekad-dekad Sweden dan Finland apabila negara Nordik itu bertindak memohon keahlian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Dalam masa sama, Zelensky memberi inspirasi kepada Kesatuan Eropah (EU) untuk menggugurkan dasar untuk tidak mempersenjatai negara yang terlibat dalam konflik.

Hampir keseluruhan blok Eropah telah dipujuk untuk menyekat pengeluar minyak dan gas Russia walaupun ia mendorong harga bekalan melonjak dan mendatangkan malapetaka kepada ekonomi mereka.

Sama ada unjuran media Zelensky benar atau tidak, ia adalah tidak penting, demikian menurut akhbar tersebut.

Akhbar itu mengakui Zelensky “memperkecilkan” agama Yahudinya semasa bertanding sebagai Presiden pada 2019 dan memainkan peranan sebagai Presiden yang disenangi di kaca televisyen.

Namun begitu, selaku antara orang Yahudi berpengaruh, Zelensky masih gagal menarik Israel untuk berpihak kepadanya.

Walaupun Israel mengutuk operasi ketenteraan Rusia dan mematuhi sekatan yang dikenakan oleh AS dan EU, ia tidak melaksanakan sekatan sendiri dan tidak menyumbang senjata kepada Ukraine seperti Barat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI