fbpx

Akaun Twitter palsu @MyJAKIM digantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar akaun Twitter palsu yang menyamar sebagai Jakim.

KUALA LUMPUR – Sebuah akaun Twitter yang didapati cuba menyamar sebagai akaun rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), @MyJAKIM telah digantung.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan berkata, akaun tersebut didapati dicipta dengan niat untuk memuat naik hantaran-hantaran bersifat menghina serta mengandungi ucapan kebencian terhadap agama.

“SKMM ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Twitter atas kerjasama pantas yang diberikan dalam menggantung akaun Twitter terbabit.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan kewujudan akaun-akaun palsu sedemikian dan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk penelitian dan tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta Jakim mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu membabitkan satu akaun Twitter palsu yang menggunakan nama dan logo jabatan itu.

Menerusi Twitter rasminya, beliau turut meminta orang ramai membuat laporan terhadap akaun palsu itu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI