fbpx

Terpengaruh video tular, budak reka cerita dakwa diculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Yusri (kanan) dalam sidang akhbar di IPK Perak, Ipoh hari ini.

IPOH – Terpengaruh dengan video-video penculikan di media sosial mendorong seorang murid perempuan mereka-reka cerita kononnya dia nyaris diculik di hadapan sebuah sekolah di Taman Pinji Mewah, Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, siasatan oleh pasukan khas yang ditubuhkan mendapati dakwaan murid berusia sembilan tahun itu tidak benar dan kejadian tersebut juga tidak pernah berlaku.

Katanya, lima individu telah dipanggil bagi membantu siasatan termasuk rakan sekelas mangsa, dua orang pengawal keselamatan sekolah dan pemandu van yang menghantar kanak-kanak tersebut ke sekolah.

“Berdasarkan siasatan, kita dapati cerita atau laporan yang mengatakan murid itu cuba diculik adalah tidak benar.

“Dia mereka-reka cerita kepada ibunya hanya kerana dia melihat video-video lama yang tular dan berlaku di luar negara berkaitan kes kanak-kanak ditangkap, diculik dan penjualan organ.

“Jadi dia terpengaruh dengan berita itu dan beritahu ibunya sehingga wanita itu membuat laporan polis,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga telah merakam keterangan kanak-kanak darjah tiga itu bagi tujuan siasatan.

“Apabila ditanya tujuannya (mereka-reka cerita), dia beritahu mahu lihat bagaimana polis mengambil tindakan dan menjalankan siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI