fbpx

Laluan darat terpanjang dunia 21,808 km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi perjalanan darat terpanjang di dunia yang boleh dilalui dengan berjalan

PETALING JAYA – Tahukah anda, terdapat satu laluan darat terpanjang di dunia yang boleh dilalui dengan berjalan kaki sahaja.

Melalui satu perkongsian di media sosial Facebook, Adams Corants berkata, laluan tersebut boleh dilalui dengan berjalan kaki tanpa menyeberangi lautan.

Laluan tersebut bermula dari Cape Town, Afrika Selatan sehingga ke Magadan, Rusia.

Laluan tersebut juga tidak perlu membuatkan pengembara menaiki pesawat udara serta kapal laut kerana perhubungan antara negara-negara berdekatan melalui jambatan.

“Panjang keseluruhan perjalanan tersebut adalah sejauh 21,808 kilometer dan akan mengambil masa selama 4,310 jam perjalanan dengan berjalan kaki.

“Perjalanan itu juga akan mengambil masa selama 187 hari berjalan tanpa henti atau selama 561 hari dengan berjalan selama lapan jam sehari,” tulisnya.

Dalam pada itu jelas Adams, perjalanan tersebut membuatkan anda merentasi 17 negara dan melalui enam zon masa.

“Paling menarik apabila anda dapat merasai semua keadaan cuaca dalam dunia jika melalui laluan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI