fbpx

Reman ke atas bapa dera anak kandung disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (tiga dari kiri) yang disyaki mendera anak kandungnya berusia tujuh tahun dibawa ke Mahkamah Sungai Petani, hari ini untuk proses sambung reman.

SUNGAI PETANI – Tempoh reman ke atas seorang pekerja kilang berusia 29 tahun yang dipercayai mendera anak kandung berusia tujuh tahun disambung lima hari lagi bermula esok.

Perintah tahanan reman ke atas lelaki terbabit dikeluarkan Majistret Nur Fadzlina Musa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Suspek sebelum ini direman selama enam hari yang berakhir hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, tahanan reman ke atas suspek disambung bagi membolehkan pihaknya melengkapkan siasatan kes tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Jumaat lalu melaporkan tindakan murid tahun satu sebuah sekolah di sini memakai jaket mengundang tanda tanya seterusnya membongkarkan kejadian rupa-rupanya mangsa didera bapa kandungnya sejak dua bulan lalu.

Pemeriksaan mendapati ada kesan kemerah-merahan pada wajah kanak-kanak lelaki tersebut.

Selain itu, terdapat kesan calar pada seluruh badan, bengkak di siku, luka di telinga, lebam dan bibir mangsa terkoyak dipercayai akibat dipukul bapanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI