fbpx

Suara biasa, tak cantik – Najwa Latif tolak masuk pertandingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAJWA LATIF

PETALING JAYA – Penyanyi Najwa Latif mengakui tidak akan menyertai sebarang pertandingan nyanyian kerana sedar dengan kemampuan sendiri.

Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 27, selain tahap vokalnya, dia juga melihat dirinya tidak mempunyai pakej lengkap seperti peserta yang menyertai mana-mana pertandingan nyanyian.

“Saya pernah dapat soalan ini dan akan jawab lagi. Berkemungkinan besra untuk saya tidak menyertai mana-mana pertandingan.

“Saya sedar suara average (biasa) dan pakej yang dimiliki kalah jauh daripada penyanyi lain,” katanya.

Tambah pelantun lagu Cinta Muka Buku itu, kalah daripada aspek penampilan ialah mengenai rupa paras dan caranya bersosial dengan individu lain.

“Saya tidak cantik seperti penyanyi lain. Kurang bergaya dan tidak pandai bergaul sangat.

“Jadi, saya sedar diri dan lebih baik tidak perlu bertanding. Bual hal sendiri sahaja,” ujarnya.

Dia berkata demikian bagi menjawab pertanyaan pengikut Instagramnya yang mempersoalkan bila akan menyertai program Gegar Vaganza (GV).

“Najwa bila nak masuk GV?” tanya seorang netizen.

Untuk info, Najwa pernah meledak menerusi lagu Carta Hati dan Sahabat.

Dia juga pernah dilabelkan sebagai pelopor Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI