fbpx

Cuaca buruk di utara, Pantai Timur Semenanjung hingga 4 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat dan ribut petir dan dilaporkan berlaku di negeri utara, Pantai Timur Semenanjung serta Sabah dan Sarawak yang dijangka berlarutan sehingga pukul 4 petang hari ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan yang terlibat adalah di Perlis dan Kedah.

“Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling.

“Sementara itu, cuaca buruk yang sama turut berisiko di Perak iaitu daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar,” katanya.

Beralih ke negeri Pantai Timur, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat serta ribut petir akan melanda beberapa daerah di Kelantan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.

Selain itu, di negeri Pahang pula, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin juga berpotensi dilanda hujan lebat pada tempoh sama hari ini.

“Negeri Sembilan meliputi daerah Jelebu juga dijangka menerima cuaca buruk yang sama manakala Johor pula di Segamat, Kluang, Mersing, dan Kota Tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, amaran ribut petir turutdikeluarkan di sekitar Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) di Sabah.

“Bagi Sarawak, kawasan yang terjejas adalah Kuching (Lundu) dan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI