fbpx

Penangguhan bayaran cukai pegangan bernilai kecil bermula 1 Ogos lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bahawa penangguhan bayaran cukai pegangan bernilai kecil bagi pendapatan royalti, faedah dan pendapatan kelas khas telah bermula sejak 1 Ogos lalu.

LHDN dalam kenyataan berkata, bagi memudahkan pembayar membuat bayaran cukai pegangan beramaun kecil yang berulang-ulang, LHDN telah membenarkan penangguhan bayaran bagi kategori pendapatan faedah atau royalti yang dibayar kepada penerima tidak bermastautin di bawah Seksyen 109 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Ia juga akan melibatkan jenis pendapatan tertentu kelas khas yang dibayar kepada penerima tidak bermastautin di bawah Seksyen 109B ACP 1967.

Katanya, situasi-situasi yang layak dibenarkan penangguhan bayaran cukai pegangan dilakukan sekali dalam setiap tempoh enam bulan membabitkan amaun bayaran cukai pegangan bernilai kecil iaitu tidak melebihi RM500 bagi sesuatu transaksi bayaran.

Selain itu, pembayar mengetahui bayaran cukai pegangan berkenaan akan dilakukan sebanyak lebih daripada sekali dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan iaitu dalam tempoh enam bulan berkenaan.

“Menurut Seksyen 109 dan 109B ACP 1967, pembayar perlu meremitkan cukai pegangan yang telah dipotong bagi setiap transaksi kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Negeri dalam tempoh satu bulan dari tarikh bayaran dibuat.

“Amaun potongan perlu diremit bersama borang bayaran CP37 atau CP37D yang telah disediakan,” katanya.

Jelasnya, bayaran cukai pegangan dan pengemukaan borang bayaran boleh dilakukan dalam satu borang pada, atau sebelum 30 Jun bagi transaksi bayaran yang dilakukan kepada penerima tidak bermastautin antara 1 Disember tahun sebelum hingga 31 Mei tahun semasa.

“Pengemukaan borang bayaran juga boleh dilakuakn pada atau sebelum 31 Disember bagi transaksi bayaran yang dilakukan kepada penerima tidak bermastautin antara 1 Jun hingga 30 November tahun semasa.

“Ruangan tarikh bayaran dikreditkan dalam Borang Bayaran CP37 atau CP37D perlu diisi dengan tarikh 30 Jun atau 31 Disember mengikut tempoh transaksi yang terlibat,” katanya.

Tambah LHDN, pembayar dinasihatkan untuk menyimpan senarai penerima bayaran cukai pegangan amaun kecil yang berkaitan untuk disemak oleh pihak mereka sekiranya perlu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI