fbpx

Lori bawa muatan minyak sawit terbalik, jalan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga laluan ditutup sementara selepas sebuah lori membawa muatan minyak sawit terbalik di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat susur ke Senawang semalam menyebabkan muatan minyak tumpah di atas jalan raya. - FOTO/ IHSAN POLIS.

SEREMBAN – Sebuah lori membawa muatan minyak sawit yang terbalik di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat susur ke Senawang semalam menyebabkan muatan minyak tumpah di atas jalan raya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, akibat tumpahan minyak jalan tersebut terpaksa ditutup sementara dan pengguna boleh mengguna beberapa laluan alternatif.

“Kemalangan itu berlaku pada pukul 7.15 petang semalam dan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak telah dilakukan oleh pihak Bomba Senawang.

“Penutupan laluan itu (Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat susur ke Senawang) ditutup kepada kenderaan untuk dilalui sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nanda berkata, atas faktor keselamatan, tiga laluan alternatif iaitu Jalan Senawang – Paroi (Pusat Dakwah Islamiah Paroi), Jalan Taman Lavender Heights (Jalan Seremban-Kuala Pilah) dan Jalan Kampung Sentosa (MAFA) boleh digunakan oleh pengguna jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI