PENGGAYAAN pakaian dalam seperti bengkung bukan sahaja terhad kepada membantu pemakai mendapatkan tubuh idaman tetapi juga ia juga membantu golongan wanita, khususnya ibu hamil untuk memberikan keselesaan pada perut dan mengurangkan masalah sakit belakang, selain membantu melancarkan peredaran darah.
Penggayaan pakaian yang betul juga membantu seseorang wanita itu untuk berasa lebih yakin, bebas dan selesa sepanjang hari.
Sebuah jenama pakaian dalam dan pakaian membentuk tubuh dari Brazil, Plie merupakan pilihan yang tepat bagi wanita yang mahukan seleksi shapewear yang bukan sahaja selesa tetapi juga mempunyai manfaat tersendiri kepada tubuh.
Menyedari kehebatan dan kualiti yang ada pada rangkaian produk pakaian Plie, Ketua Pegawai Eksekutif Plie Malaysia, Adeline C seterusnya membawa masuk produk kelahiran Brazil itu untuk sama-sama dicuba dan digayakan wanita tempatan, khususnya bagi wanita hamil.
“Saya mulai mencari pakaian dalam yang selesa untuk wanita hamil ketika hamil anak kedua saya lebih dua tahun lalu dan ketika itulah saya jatuh cinta dengan jenama Plie yang bukan sahaja menawarkan pakaian dalam buat wanita hamil, tetapi turut menawarkan beberapa jenis shapewear selesa dan sesuai digayakan oleh semua golongan wanita sepanjang hari.
“Pada 2020 iaitu ketika dunia sedang dilanda pandemik, saya kemudian nekad untuk menjadi satu-satunya pengedar eksklusif jenama Plie di Malaysia.
“Bagi saya, semua wanita sama ada golongan muda, tua, wanita aktif yang gemar ke gimnasium dan juga wanita hamil boleh sama-sama merasai sendiri keselesaan dan kualiti yang ada pada rangkaian produk ini,” ujarnya.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu menambah, kesemua rangkaian produk pakaian dalam Plie adalah bertujuan untuk memberikan sokongan tambahan kepada tubuh wanita.
Direka dan dijahit kemas di Brazil dengan menggabungkan teknologi dan keselesaan yang tiada bandingan, rangkaian produk itu seterusnya dibawa masuk ke lebih 60 buah negara untuk dinikmati wanita di seluruh dunia.
Plie menawarkan pelbagai jenis pakaian dalam seperti seluar pendek, leggings, postpartum bodysuits atau sut tubuh selepas bersalin dan juga maternity bra.
Kesemua rangkaian produk Plie dihasilkan dengan ciri tersendiri yang membantu pemakaianya mendapatkan tubuh yang lebih cantik dan kekal selesa sepanjang hari.
Ujar Adeline, antara produk paling laris yang dikeluarkan Plie adalah Emana High Waist Bermuda yang merupakan seluar pendek yang dipakai khas untuk membentuk tubuh.
“Seluar ini bersesuaian dengan tagline Plie iaitu ‘Respecting Your Curves’ kerana cirinya yang membentuk dan mengemaskan lagi tubuh namun dalam pada masa yang sama tidak membataskan pergerakan si pemakai.
“Ia juga membantu mengurangkan kesan selulit pada tubuh, sekali gus meningkatkan keanjalan kulit,” ujarnya.
Produk Plie boleh dibeli menerusi laman web www.pliemalaysia.com pada harga antara RM200 sehingga RM800.