fbpx

Air pasang besar setinggi 5.4 meter di Kuala Langat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air pasang melimpah hingga ke laluan pejalan kaki di Pantai Kelanang.

KUALA LANGAT – Penduduk diingatkan berwaspada apabila air pasang besar setinggi 5.4 meter (m) dijangka dicatatkan di kawasan pantai daerah ini, esok.

Menurut Timbalan Penyelaras Skuad PANTAS Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Shahrul Nizam Khalil, berdasarkan rekod sebelum ini menunjukkan kenaikan air setinggi paras tersebut akan menyebabkan limpahan air hingga ke daratan.

“Pada hari ini, tahap kenaikan tertinggi adalah 5.3m berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi.

“Namun, hasil pemantauan mendapati keadaan terkawal,” katanya ketika ditemui di Pantai Kelanang pagi ini.

Pasukan Skuad Pantas MPKL memasang notis larangan aktiviti di pantai sepanjang fenomena air pasang sehingga Khamis ini.

MPKL menerusi hantarannya di Facebook semalam memaklumkan Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib dan Pantai Batu Laut akan ditutup kepada orang awam sehingga Khamis susulan fenomena air pasang besar.

Mengulas lanjut, Shahrul Nizam berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya mendapati ban penahan ombak khususnya pantai-pantai tersebut telah dibaik pulih oleh pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) namun pemantauan akan tetap diteruskan dari masa ke semasa.

“Sebarang aktiviti di Pantai Chunang dan Jeti Tanjong Sepat juga tidak dibenarkan sehingga 29 September.

“Tindakan menyuraikan pengunjung sepanjang pantai akan dilakukan sepanjang tempoh air pasang berlaku,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI