fbpx

Kencang spekulasi Nafuzi ke kelab utara tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NAFUZI masih mengunci mulut mengenai status kontrak yang ditawarkan oleh TFC atau sedia meninggalkan skuad gergasi Pantai Timur itu.

SELEPAS ternoktahnya masa depan bekas pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe yang kini bakal bersama Selangor, Nafuzi Zain kini menjadi satu-satunya nama yang terus dikaitkan dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Bukan lagi perkara asing, Nafuzi sebelum ini pernah me­nyatakan musim 2022 menjadi sumbangan terakhirnya bersama Terengganu dan kini sedang fokus untuk menamatkan aksi Liga Super dan Piala Malaysia dengan keputusan baik.

Dalam kalangan peminat, ada yang menyifatkan Nafuzi sebagai calon pilihan selepas merekodkan perjalanan karier hebat sebagai jurulatih muda bersama skuad Peteh dan diyakini mampu menghadirkan impak kepada KDA FC.

Bagaimanapun, status sebenar Nafuzi akan ke utara semenanjung bagi menggantikan Aidil Sharin Sahak lebih bersifat sebagai khabar angin dan tiada pengesahan lanjut dibuat oleh kedua-dua pasukan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDA FC, Khamal Idris Ali yang dihubungi Kosmo! juga enggan mengulas lanjut dan seluruh pasukan sedang berikan fokus kepada baki saingan musim ini.

“No comment. Liga masih berjalan,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp semalam.

Sebelum ini, Nafuzi mendedahkan mahu mencuba cabaran baharu bagi memantapkan lagi kemampuannya sebagai jurulatih muda.

“Dengan pencapaian ke final (Piala FA), mungkin saya akan buat yang terbaik untuk Liga Super dan Piala Malaysia.

“Saya rasa masa sesuai mencari cabaran baharu untuk kembangkan karier saya sebagai jurulatih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI