fbpx

SugarBomb bakal tembusi Surabaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Azhari (lima dari kanan) bersama Gilang Widya Pramana (enam dari kiri) pada sesi pertemuan pengurusan kanan Sugar Bomb di Surabaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sugar Bomb Worldwide Sdn. Bhd. (Sugar Bomb) pengeluar jenama wa­ngian terkenal SugarBomb, bercadang untuk membuka cawangan sulungnya di Surabaya, Indonesia tidak lama lagi dalam usaha meluaskan rangkaian pemasarannya di pasaran antarabangsa.

Pengasas syarikat, Ahmad Azhari Rosli berkata, misi tersebut bakal direalisasikan ekoran perbincangan daripada rakan niaganya di negara jiran baru-baru ini telah berjalan lancar.

Pihak pengurusan kanan Sugar Bomb telah berbincang dengan sebuah syarikat, J99 Corp yang dimiliki oleh Gilang Widya Pramana untuk projek perluasan pasaran baharu di Surabaya baru-baru ini.

“Kerjasama ini akan menawarkan peluang pekerjaan untuk komuniti di dua-dua buah negara selain sebagai sokongan positif kepada rakyat Malaysia dalam apa juga kerjasama terutamanya dalam sektor eko­nomi.

“Syarikat bakal membuat lebih banyak kejutan di Surabaya tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluar­kan di sini semalam.

Selain itu, untuk perkembangan pasaran domestik, Sugar Bomb bercadang untuk mengeluarkan produk baharu bukan sahaja minyak wangi tetapi juga sanitasi tangan dan juga penyegar udara.

“Bulan ini juga, kami akan mengeluarkan produk dengan konsep baharu yang pastinya mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI