fbpx

Air pasang besar: Orang ramai dinasihat elak ke pantai esok hingga Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail air pasang besar di Klang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena air pasang besar dijangka melanda daerah Kuala Langat bermula esok.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerusi hantarannya di Facebook hari ini memaklumkan Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib dan Pantai Batu Laut akan ditutup kepada orang awam sehingga Khamis.

“Sebarang aktiviti di Pantai Chunang dan Jeti Tanjong Sepat juga tidak dibenarkan sehingga 29 September.

Dalam pada itu, berdasarkan ramalan air pasang besar di daerah Kuala Langat dijangka merekodkan ketinggian 5.3 meter pada pukul 6.52 pagi Selasa (esok) diikuti 5.4 meter pada pukul 7.53 pagi Rabu dan 5.3 meter pada pukul 6.42 pagi Khamis nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI