fbpx

Mahkamah: 17 Oktober semakan bela diri Bung Moktar, Zizie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Bung Moktar dan Zizie.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 17 Oktober ini bagi pendengaran permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad.

Ia berhubung semakan keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta didengar bersama.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abd. Hamid menetapkan tarikh itu selepas peguam M .Athimulan dan Datuk K.Kumaraendran yang mewakili pasangan tersebut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya memohon satu tarikh lain bagi pendengaran permohonan itu.

“Pada pagi ini, semasa sebutan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Sequerah, mahkamah itu telah menetapkan 7 Oktober ini untuk memindahkan permohonan Zizie di hadapan mahkamah ini untuk didengar bersama permohonan Bung Moktar,” kata Kumaraendran.

Pada 23 September lalu, Hakim Collin membenarkan permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette untuk menangguhkan perbicaraan mereka di Mahkamah Sesyen selepas pasangan itu memfailkan notis usul untuk menyemak semula dan mengetepikan keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Sesyen pada 2 September lepas.

Pada masa sama, peguam-peguam yang mewakili Bung Moktar, 64, dan Zizie, 44, memaklumkan kepada mahkamah akan membuat permohonan bagi menyatukan kedua-dua semakan untuk didengar di hadapan seorang hakim sahaja.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen hari ini Hakim Rozina Ayob turut menetapkan 17 Oktober ini bagi pihak-pihak memaklumkan kepada mahkamah mengenai perkembangan permohonan semakan.

Justeru, tarikh perbicaraan bela diri yang dijadualkan pada 14 Oktober ini dilapangkan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI