fbpx

Wanita akui jahil mencari pasangan hidup, sedia berpoligami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ada kalangan golongan wanita ini terbuka untuk hidup menumpang kasih bersama suami orang dan bersedia berpoligami.

Namun, tidak semua isteri rela bermadu dan membenarkan pasangannya dikongsi bersama wanita lain.

Menerusi kumpulan Facebook, Luahan Hati Seorang Isteri, seoang wanita tampil memuat naik hantaran dengan memaklumkan dirinya kini sedang mencari pasangan hidup yang ikhlas untuk mengahwininya, malah menjadi keutamaan adalah lelaki berstatus suami.

“Assalamualaikum, saya seorang perempuan yang ingin mencari seorang suami yang mahu hidup berpoligami secara sah.

“Saya memang jahil dan mempunyai masa silam, keluarga mahupun rakan-rakan tidak mengetahui tentang lelaki yang saya kenal dulu hanya mahukan nafsu semata-mata,” katanya pada hantaran hari ini.

Tambah wanita itu lagi, dia hanya mahu menumpang kasih dari seorang lelaki yang sememangnya sudah berpengalaman dalam menguruskan keluarga.

“Jika ada lelaki yang mahu berpoligami dan ikhlas menerima saya dan diterima baik oleh keluarganya, saya sangat berbesar hati,” luahnya.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kurang bersetuju dengan cara wanita berkenaan kerana menyasarkan ‘suami orang’ sebagai pasangan hidup yang dicari.

“Macam sudah tidak ada lelaki bujang dekat luar, suami orang yang dia nak, fikir la perasaan isterinya nanti. Memang orang lelaki suka poligami, namun yang terseksa hatinya adalah golongan isteri, terpaksa berkongsi kasih suami,” tegur Mardhiah Anuar.

“Memang dalam realiti hidup ramai wanita lebih mencari suami orang, bapa orang, sebab mahu pasangan yang berpengalaman dalam rumah tangga, yang kukuh ekonomi hidupnya, tapi kesiankanlah kami yang bujang ini, lambat kahwin, semua orang nak hidup bermadu, yang bujang disisih,” komen Kamarul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI