fbpx

Terjerit-jerit dalam kilang, wanita dikecam buat ‘marketing sampah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang wanita terjerit-jerit memarahi pekerjanya.

PETALING JAYA – Video seorang wanita dipercayai pengusaha pakaian terjerit-jerit memarahi pekerjanya di dalam sebuah kilang mendapat kecaman netizen yang menyifatkan ia sebagai teknik pemasaran ‘sampah’ dan keterlaluan.

Berdasarkan video yang tular itu, wanita itu memarahi pekerjanya supaya melakukan kerja dengan baik bagi memberikan produk berkualiti kepada pelanggan.

Dalam rakaman itu juga, kelihatan dia menendang bakul berisi kain selain menegur seorang pekerja yang sedang makan sambil menjahit.

Perbuatan itu turut mendapat maklum balas daripada seorang guru yang juga aktivis sosial, Cikgu Fadli Salleh.

“Melintas satu video bos mengamuk di kilang. Kasihan lihat sampai macam itu nak buat ‘marketing’, menjerit sampai nak keluar anak tekak. Betullah orang kata, manusia ini tak pernah puas.

“Belum berjaya, bukan main berdoa minta Allah bagi kaya dan berjaya. Allah makbulkan doa dan bagi kaya, nak popular pula, nak orang kenal. Nak orang tahu dia kaya, berpuluh kali sebut mesin harga berjuta.

“Maruah letak tepi semua. Yang penting viral, ‘bad marketing’ pun masih ‘marketing’ katanya. Lagi tular walau benda teruk, lagi laris katanya. Tidak ada guna kaya raya kalau maruah tidak ada. Malu sikit pun tidak ada, mentaliti rendah, tiada hormat,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI