fbpx

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Talaud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi gempa bumi sederhana di Kepulauan Talaud

PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 7.16 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berukuran 5.4 skala Richter.

“Kejadian gempa itu berlaku di 4.3 darjah Utara dan 126.2 darjah Timur.

“Pusat gempa bumi itu terletak di 53 kilometer (km) Barat Laut dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 133 km,” katanya di sini tadi.

Bagaimanapun, susulan kejadian gempa bumi itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI