fbpx

Lelaki Hawaii tangkap sotong gurita gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MATSUNAGA menunjukan sotong gurita gergasi seberat 11.8 kg yang ditangkapnya. – Facebook

HONOLULU, HAWAII – Seorang lelaki di negeri Hawaii, Amerika Syarikat berjaya menangkap seekor sotong gurita dan memecahkan rekod negeri yang pernah dipegang oleh saudara lelakinya sendiri, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Michael Matsunaga, 69, dari daerah Wahiawa menangkap sotong gurita seberat 11.8 kilogram (kg) pada 31 Ogos lalu, demikian menurut stesen televisyen HawaiiNewsNow.

Matsunaga memancing pada kedalaman 121.9 meter di dasar laut apabila dia merasakan terdapat rentapan kuat pada talinya, lapor stesen itu.

Walaupun bergelut untuk menarik tali pancingnya, Matsunaga akhirnya berjaya menaikkan sotong itu ke dalam botnya.

“Saya memasukkan ia ke dalam peti sejuk dan terpaksa duduk di atasnya kerana sotong itu seakan-akan mengangkat saya,” katanya kepada HawaiiNewsNow.

Apabila kembali ke pantai, Matsunaga membawa sotong tersebut ke kedai Hana Pa’a Fishing Co. di mana ia kemudian ditimbang dan mempunyai berat 11.8 kg, demikian menurut hantaran Facebook kedai itu.

Tangkapan Matsunaga disahkan berjaya memecah rekod untuk sotong gurita terbesar yang ditangkap di Hawaii, lapor HawaiiNewsNow.

Rekod sebelumnya dipegang oleh saudara lelakinya, Stewart Matsunaga yang menangkap sotong gurita seberat 8.6 kg pada tahun 2000. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI