fbpx

Zac Efron terjatuh, nyaris mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAC EFRON

PELAKON kacak Zac Efron berkongsi pengalaman ngeri yang hampir meragut nyawanya dalam satu insiden berdarah.

Ujar aktor berusia 35 tahun itu, pada tahun 2013 dia pernah mengalami kemalangan apabila terjatuh di rumahnya. Ketika terjatuh, mukanya terhantuk kuat pada batu membuatkan dia pengsan.

Akibatnya, dagu dan juga rahang pelakon High School Musical itu patah dan terpaksa menjalani pembedahan plastik untuk membentuk semula wajahnya. Gara-gara itu

juga, Efron dituduh peminat bahawa dia melakukan perubahan pada bentuk wajah.

“Saya dituduh melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih tampan. Sedangkan pembedahan itu dilakukan kerana kemalangan.

“Awalnya saya tidak mengetahui tentang tuduhan tersebut kerana agak jarang mengikuti berita dalam internet. Sehinggalah saya diberitahu tentangnya oleh ibu saya,” katanya dalam satu wawancara bersama Entertainment Tonight.

Tambah Efron, dia bagaimanapun bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan tersebut yang hampir meragut nyawanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI