fbpx

Pukulan Nicolas mengagumkan di Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NICOLAS menamatkan saingan dengan catatan 14 di bawah par 274 untuk berkongsi kedudukan ketiga bersama tiga lagi pemain. - TWITTER ASIAN TOUR

PETALING JAYA – Pemain golf berpengalaman negara, Nicolas Fung berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila menamatkan Kejohanan Yeangder TPC siri Jelajah Asia dalam kelompok tiga terbaik hari ini.

Nicolas, 32, menamatkan hari keempat saingan di Kelab Golf Antarabangsa Linkou, Taiwan itu dengan catatan 14 di bawah par 274 untuk berkongsi kedudukan ketiga bersama tiga lagi pemain.

Tiga lagi pemain itu ialah Wang Wei-hsuan dari Taiwan, Berry Henson (Amerika Syarikat) dan Bjorn Hellgren (Sweden).

Kejayaan itu membolehkan Nicolas membawa pulang wang kemenangan berjumlah AS$32,777.50 (RM150,071).

Pemain dengan gelaran ‘Raja’ siri Jelajah Persatuan Golf Malaysia (PGM) itu cuma ketinggalan tiga di bawah par untuk berkongsi kedudukan tempat kedua bersama Lee Chieh-po dari Taiwan.

Juara kejohanan itu menjadi milik pemain berusia 27 tahun dari Australia, Travis Smyth apabila mencatat 19 di bawah par 269 untuk membawa pulang wang kemenangan berjumlah AS$126,000 (RM576,891).

“Memang saya menyasarkan untuk muncul juara keseluruhan. Keyakinan saya berdasarkan prestasi saya yang agak memuaskan sepanjang kejohanan, jadi ini adalah kemenangan yang sangat bermakna,” kata Smyth.

SMYTH muncul juara pada kejohanan kali ini. – TWITTER ASIAN TOUR

Menariknya, Smyth muncul pemain pertama dari Australia berjaya memenangi Kejohanan Yeangder TPC itu sejak kali pertama dipertandingkan pada 2010.

Seorang lagi pemain golf negara, Ben Leong, 36, turut cemerlang apabila mencatat 11 di bawah par 277 untuk berkongsi tempat ke-11 bersama Chan Shih-chang (Taiwan) dan Settee Prakongvech (Thailand). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI