fbpx

Amaran ribut petir di empat negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak empat buah negeri berdepan amaran ribut petir petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran ribut petir itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang di Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 7 malam ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kelantan melibatkan daerah Jeli dan Kuala Krai.

“Sementara di Terengganu daerah terlibat Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun,” katanya di sini hari ini.

Sementara di Sarawak kawasan yang dikenakan amaran ribut petir Kuching, Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok) dan Sarikei (Pakan).

“Bagi Sabah pula kawasan terlibat adalah Sandakan (Beluran).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI