fbpx

Pasukan Perak akan dikenali Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADLY SHAH (tengah) menerima memorandum daripada wakil Kelab Gabungan TBG MOBS di pejabat PAFA, Ipoh semalam.

KEBIMBANGAN penyokong Perak terhadap penjenamaan nama pasukan dalam proses penswastaan langsung tidak berasas kerana nama yang akan digunakan adalah Perak FC.

Timbalan Presiden Persa­tuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Adly Shah Ahmad memberi jaminan itu selepas me­nerima memorandum dari­pada Kelab Gabungan TBG MOBS yang merayu supaya menggunakan nama Perak FC dalam proses penswastaan.

Memorandum itu diserahkan oleh Timbalan Presiden TBG MOBS, Noor Azli Salleh dan ahli jawatankuasa Persatuan itu, Mohd. Jefri Amin di pejabat PAFA, Ipoh semalam.

TBG MOBS meminta PAFA menggunakan nama Perak FC dan bukan nama lain berikutan desas desus Perak akan bergelar Bos Gaurus FC.

“Tidak betul berita itu kerana­ kami dalam proses menukar nama kepada Perak FC. Penggunaan Perak FC memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri.

“Disebabkan kita mahu segera, jadi kita bubuh nama lain dahulu. Insya-Allah, permohonan itu akan diluluskan dalam tempoh terdekat,” kata­nya kepada pemberita semalam.

Sebelum itu, Presiden TBG MOBS, Syamsul Baharin Ahmad Shibi berkata, penyokong berasa janggal jika tiada perkataan Perak pada nama pasukan yang diswastakannanti.

“Janggal jika tiada nama Perak nanti. Setakat ini kami tidak pasti apa nama digunakan tetapi yang kami dengar Bos Gaurus FC.

“Kami tidak mahu nama pasukan itu dipersendakan jika menggunakan akronim TBG nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI