PETALING JAYA – Gara-gara mempamerkan aksi pertarungan bersama seorangt jurulatih seni bela diri, pelakon seksi Elizabeth Tan menarik perhatian peminatnya terutama lelaki untuk sama-sama beraksi dengannya.
Malah, terdapat juga peminatnya sanggup menawarkan diri menjadi ‘punching bag’ dan rela ditumbuk oleh pelakon tersebut ketika menjalani sesi latihan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkongsi video melakukan sesi latihan seni bela diri bersama seorang jurulatih kecergasan untuk tuntutan wataknya sebagai Ejen Alice dalam filem Abang Long Fadil 3.
“Ejen Alice masuk balik training (latihan) selepas dua tahun,” tulis Lizzy.
Aksi lasak yang dipamerkan pelakon berusia 28 tahun itu sekali gus membuatkan peminat berasa teruja, malah sehingga ada yang menawarkan diri rela untuk ‘dikerjakan’ olehnya.
“Saya rela jadi ‘puncing bag’,” kata seorang peminatnya.
“Saya nak jadi ‘punching bag’ boleh ke?” minta seorang lagi pengguna Instagram.
Bukan itu sahaja, malah ada segelintir peminat juga menawarkan diri untuk menjadi jurulatih kecergasan kepada Lizzy supaya dapat berlatih bersama-sama.
“Aku pun boleh jadi jurulatih,” kata seorang peminat.
“Boleh tak saya nak jadi jurulatih awak,” ujar seorang lagi pengikutnya.
“Menyesal aku tak jadi jurulatih,” komen seorang pengguna Instagram.
Antara komen lain, peminat juga turut memberi amaran kepada suami Lizzy iaitu Siew Jim supaya tidak mencari masalah dengannya kerana bimbang akan dipukul oleh pelakon tersebut.
“Suami dia (Siew Jim) jangan buat hal (masalah). Itu sahaja aku nak cakap,” kata seorang netizen.
Sekadar info, filem Abang Long Fadil 3 arahan pengarah Syafiq Yusof yang ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 8 September lalu turut menampilkan lakonan Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Datuk AC Mizal dan Shuib.
Setakat semalam (24 September 2022), Abang Long Fadil 3 telah berjaya mengaut kutipan sebanyak RM20 juta selepas 16 hari ditayangkan di pawagam. – KOSMO! ONLINE