fbpx

Sambutan empat dekad Slank di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Slank akan menjayakan konsert di Zepp KL pada 19 November depan.

PETALING JAYA – Kumpulan rock terkenal Indonesia, Slank bakal bertemu dengan peminat di Malaysia dalam Konsert 4 Dekad Slank di Zepp Kuala Lumpur pada 19 November ini.

Kumpulan yang dianggotai Kaka (vokal), bimbim (dram), Abdee Negara (gitar), Ridho (gitar) dan Ivanka (bass) itu kali kali terakhir berkunjung ke Kuala Lumpur adalah sekitar tujuh tahun lalu pada 2015. Kedatangan Slank di Malaysia kali ini pasti dinanti-nanti para Slanker (gelaran peminat), apatah lagu bersempena empat dekad perjalanan muzik mereka.

Slank antara kumpulan rock paling otai Indonesia yang masih aktif membikin muzik sehingga kini. Jika dihitung, sejak kemunculan mereka pada 1983, Slank telah melahirkan sebanyak 24 buah album.

Antara album Slank adalah Suit-Suit… He-He (Gadis Sexy) (1990), Kampungan (1991), Piss (1993), Slankissme (2006), Slow But Sure (2007), The Big Hip (2008), Anthem From The Broken Hearted (2009), Jurus Tandur No.18 (2010), Slank Party (2011), I Slank U (2012) dan terbaharu, Vaksin (2021).

Ditebak apakah rahsia kumpulan Slank kekal bertahan sehingga menghampiri 40 tahun dan terima segenap usia, kata vokalisnya Kaka, mereka tidak pernah sesekali berhenti melahirkan karya baharu.

“Pemuzik akan selalu diingati peminat kerana karya mereka, jadi jangan berhenti berkarya. Jika berhenti, orang akan berhenti mengikuti (meminati),” ujar Kaka.

Tidak hanya album studio, Slank yang kekal lincah di atas pentas setiap kali persembahan juga pernah muncul dengan beberapa album runut bunyi seperti Get Married, Get Married 2 dan Generasi Biru The Movie.

Biar berstatus kumpulan legenda, Slank tidak pernah meletakkan titik noktah dalam perjalanan muzik mereka. Ketika kebanyakan rakan seangkatan sudah tidak aktif, sebaliknya dilalui Slank.

Selepas lama berdiam diri kerana pandemik Covid-19, kumpulan yang popular dengan lagu Ku Tak Bisa dan I Miss U But I Hate U itu kembali muncul dengan persembahan pentas bermula Mac lalu di Mandalika, Lombok, Indonesia.

Teruja untuk bertemu dengan peminat Malaysia dalam konsert berdurasi dua jam pada tanggal 19 November ini pada pukul 8.30 malam, Slank berjanji akan memberi sebuah persembahan yang tidak akann dilupakan oleh peminatnya.

Menurut pihak penganjur, TBRW Global Sdn. Bhd. pihak mereka berasa cukup terharu dan gembira dengan kesudian Slank untuk muncul di Malaysia setelah sekian lama tidak muncul di Kuala Lumpur khususnya.

“Kami ingin membawakan sebuah kumpulan yang sangat legenda dari seberang dan berasa gembira untuk mengumumkan Konsert 4 Dekad Slank akan diadakan pada 19 November ini,” ujar Wan Norul Fadly mewakili TBRW Global Sdn.Bhd.

Buat peminat yang ingin mendapatkan tiket konsert berharga dari RM198 sehingga RM418, sementara VIP (RM5980 dan RM6180) anda boleh layari laman web, https://www.ticket2u.com.my. Tiket akan mula dijual pada 23 September ini pada pukul 11 pagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI