fbpx

Banjir: 14 kanak-kanak, 5 guru tadika terperangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak Tadika Umiku Sayang terperangkap dalam banjir kilat di Kampung Mohd. Amin, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seramai 14 kanak-kanak sebuah tadika di Kampung Mohd. Amin di sini berdepan detik cemas selepas premis itu dinaiki air ekoran hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Turut terperangkap adalah lima guru yang mengajar di tadika berkenaan.

Pegawai Bomba Kanan II, Nazarudin Yusof berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 9.30 pagi.

“Setibanya di lokasi, anggota bertindak menyelamat dan memindah mangsa yang terperangkap ke kawasan selamat iaitu di sebuah restoran makanan segera kira-kira 550 meter dari lokasi kejadian.

“Setelah memastikan keadaan selamat dan air surut, operasi ditamatkan pada pukul 10.45 pagi,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Keadaan banjir di Johor Bahru hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (CEO) Ihsan Johor, Farah Faridah Baptist memberitahu, pihaknya turut turun padang bagi membantu menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap.

Katanya, kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun itu dietakkan sementara di tadika sama cawangan Larkin.

Tambahnya, banjir kilat itu mencecah paras lutut. Tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI