fbpx

ATM persiap aset hadapi musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikmal (kiri) beramah mesra dengan penduduk yang hadir ke Program Bekwoh Kampung Pusat Daerah Mengundi (PDM) Perala, Tanah Merah hari ini. - FOTO/ ROSALWANI CHE SOH

TANAH MERAH – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah mempersiapkan aset-aset tertentu untuk kegunaan logistik sebagai persediaan untuk menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka membawa kepada banjir besar hujung tahun ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, ATM mempunyai briged yang akan bertanggungjawab di negeri-negeri yang dijangka dilanda banjir.

Menurutnya, sebagai contoh di Kelantan, Panglima Lapan Briged bersedia memberi bantuan dengan persediaan logistik dan anggota secara menyeluruh sepanjang musim tengkujuh.

“Briged ini bukan sahaja memberi bantuan di Kelantan, ia turut melibatkan Terengganu dalam usaha membantu orang awam ketika menghadapi banjir di Pantai Timur.

“Selain itu, persediaan rapi turut dilakukan di kawasan lain. ATM menunggu arahan selanjutnya jika banjir melanda di negeri-negeri terlibat dan kita sentiasa bersedia menggunakan aset yang diperlukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Bekwoh Kampung Pusat Daerah Mengundi (PDM) Perala di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, menurut Ikmal Hisham, beliau berpendapat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak sesuai dilakukan semasa musim tengkujuh memandangkan rakyat sedang menghadapi musibah.

Menurutnya, ini kerana, negara dijangka akan berdepan cuaca hujan lebat pada November depan sehingga kebanyakan negeri berlaku banjir.

“Keadaan itu menyukarkan semua pihak terutamanya rakyat kerana banyak sekolah akan dijadikan pusat pemindahan sementara untuk mangsa banjir.

“Sehubungan itu, saya memohon agar Parlimen tidak dibubarkan semasa rakyat sedang berdepan bencana meskipun tahu ada desakan daripada pimpinan parti politik yang meminta berbuat demikian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI