fbpx

Hampir 200 paus mati di pantai Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyelamat melepaskan seekor paus pilot yang terdampar di lautan di Macquarie Heads, pantai barat Tasmania pada 22 September lalu. - AFP

CANBERRA – Hampir 200 paus mati selepas terdampar dan dilanda ombak di pantai barat Tasmania di mana pasukan penyelamat Australia hanya dapat menyelamatkan beberapa belas haiwan berkenaan selepas bertungkus lumus pada Khamis lalu.

Selepas berusaha keras sepanjang hari dalam keadaan sukar, perkhidmatan hidupan liar negeri berkata, hanya 32 daripada 226 paus pilot yang terdampar itu cukup kuat untuk diselamatkan.

“Kami telah mengapungkan semula ikan paus yang dianggap sesuai untuk dilepaskan kembali ke laut,” kata ahli biologi marin, Sam Thalmann kepada agensi berita AFP.

“Setiap paus yang telah dilepaskan telah ditanda,” katanya.

 “Mungkin ada segelintir yang akan terkandas kembali tetapi kami menjangkakan majoriti paus akan kembali ke tengah laut.”

Penduduk tempatan telah menutup sebilangan mamalia marin itu dengan selimut dan menyiramnya dengan air laut untuk memastikan paus-paus itu terus hidup sehingga lebih banyak bantuan tiba. Namun, banyak ikan paus itu sudah tidak bernyawa.

Menjelang malam khamis lalu, sebilangan paus itu bergelimpangan di sepanjang pantai Ocean Beach.

Usaha kini beralih kepada tugas besar untuk melupuskan bangkai ikan paus dengan selamat.

Jika dibiarkan di perairan cetek atau di pantai, bangkai-bangkai itu boleh menarik kehadiran jerung dan boleh membawa penyakit.

“Terdapat banyak lagi kerja yang perlu dilakukan dengan pelupusan bangkai,” kata Thalmann yang menambah, ‘sampel biologi berharga’ perlu dikumpulkan daripada haiwan itu.

Dua tahun lalu, Pelabuhan Macquarie merupakan lokasi paus terkandas terbesar di negara itu, melibatkan hampir 500 ikan paus pilot.

Lebih 300 paus pilot mati dalam kejadian itu, walaupun berpuluh-puluh sukarelawan bertungkus lumus selama berhari-hari di perairan Tasmania untuk membebaskan haiwan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI