fbpx

Sukma 2022: Tze Yong rangkul emas tewaskan Jun Hao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG berjaya menundukkan Jun Hao untuk merangkul pingat emas buat kontinjen Johor pada aksi Sukma 2022 kali ini.

PERSEORANGAN lelaki kebangsaan, Ng Tze Yong menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Johor pada temasya Sukma 2022 selepas menewaskan wakil Wilayah Persekutuan, Leong Jun Hao di perlawanan akhir semalam.

Pada pertemuan yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil, pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu memastikan kemenangan 18-21, 21-19, 21-19 dalam aksi yang memakan masa lebih sejam.

Tze Yong tanpa berselin­dung mengakui sangat gembira de­ngan sumbangannya pada temasya kali ini yang menyaksikan kontinjen Johor turut melakar sejarah muncul sebagai juara keseluruhan.

“Sudah tentu saya sangat bangga kerana dapat menghadiah­kan kilauan pingat emas buat Johor. Secara keseluruhan, banyak saya belajar pada Sukma kali ini termasuk bagaimana mengawal tekanan dalam kejohanan.

“Saya cukup berpuas hati de­ngan penyertaan saya di Sukma dan harap boleh kekalkan momentum seperti ini bagi menghadapi kejohanan-kejohanan akan datang,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Dalam pada itu, pingat gangsa menjadi milik pemain Sela­ngor, Aidil Sholeh Ali Sadikin selepas dia berjaya mengetepikan cabaran wakil Kedah, Jacky Kok Jing Hong menerusi aksi straight- set 21-4, 22-20 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Sementara itu, dalam acara perseorangan wanita, Siti Nurshuhaini Azman memastikan status sebagai pemain kebangsaan apabila membantu Selangor meraih emas selepas menewaskan rakan sepasukan, K. Letshanaa 21-19, 21-19.

“Alhamdulillah, saya dapat memenangi pingat emas dalam penampilan pertama di pentas Sukma. Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi saya buat masa sekarang,” ujar Nurshuhaini.

Dalam pada itu, pingat gangsa menjadi milik pemain Pulau Pinang, Tan Zhing Yi yang melakar kemenangan ke atas Amanda Yap yang mewakili Wilayah Persekutuan menerusi keputusan 21-12, 21-12.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI