fbpx

Suami isteri warga emas cemas, kereta masuk longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Bezza yang terbabas ke dalam longkang di Jalan Sungai Jai, di sini pagi tadi.

SEMENYIH – Sepasang suami isteri warga emas berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang sedalam 1.5 meter di Jalan Sungai Jai, Kampung Sungai Jai, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera dan anggota dari Balai Bomba Semenyih dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 9.27 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dipercayai dalam perjalanan dari Beranang menghala ke Sungai Jai dinaiki dua warga emas telah terbabas ke dalam longkang.

“Kedua-dua mangsa terperangkap di dalam kenderaan terbabit dan telah dikeluarkan oleh pihak bomba yang tiba di lokasi pada pukul 9.53 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, suami dan isteri masing-masing berusia 72 dan 70 tahun tersebut hanya mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI