fbpx

Dua pelakon bangga nama ayah, datuk diabadi di Tugu Peringatan Force 136

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAR Sulaiman menunjukkan nama ayahnya Sulaiman Ismail yang dicatatkan di Tugu Force 136 Kem Puncak Mas di Raub hari ini.

RAUB – Dua pelakon dan selebriti terkenal Azhar Sulaiman,51,dan Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired,48, berbangga ayah dan datuk mereka menjadi antara pejuang hebat anggota Force 136 menentang Jepun sekitar tahun 1944 dan 1945.

Nama ayah dan datuk mereka adalah antara 244 nama pejuang yang diabadikan pada Tugu Peringatan Force 136 Pahang di di Kem Puncak Mas, Raub.

Azhar berkata, ayahnya Kapten Sulaiman Ismail iaitu Ketua Platon Batu Malim memiliki pengenalan diri nombor 1 terkenal seorang tegas dan bersemangat waja menentang penjajah Jepun.

Azhar anak bungsu daripada 14 beradik berbangga kerajaan membina Tugu Peringatan Force 136 Pahang di Kem Puncak Mas, Raub sebagai mengenang jasa pejuang menentang Jepun di Tanah Melayu.

“Ayah saya dikenali Cikgu Sulaiman dan guru pelawat  sentiasa mendidik anak-anak bersemangat patriotik, berdikari dan sayangi negara bangsa.

“Pada masa depan cucu cicit dan waris boleh melawat tugu ini bagi mengimbau kenangan dengan izin pihak Kem Puncak Mas,”katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI