fbpx

Sambut pulang dari umrah, Sera titip doa buat Shuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Sera yang menyambut kepulangan Shuk dari menunaikan umrah baru-baru ini.

PETALING JAYA – Meskipun hati pernah terluka, Rossa Sera meraih pujian ramai apabila menyambut kepulangan Shuk Sahar dari menunaikan umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Sera berkongsi hal tersebut dalam satu hantaran video Instagram yang memaparkan dia bersama dua orang anak mereka berada di KLIA untuk bertemu dengan bekas penyampai radio Hot FM itu.

Dalam video sama, Shuk dilihat memeluk dan mendukung dua anaknya selepas tidak bertemu hampir dua minggu.

Sementara itu, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah turut menuai perhatian menerusi beberapa ayat yang disunting bersama video tersebut.

Katanya, dia berharap dapat bersama-sama menjadi ibu bapa terbaik menjaga dua anak mereka.

“Terima kasih sentiasa mencuba jadi ayah yang terbaik. Sama-sama kita jaga hubungan untuk amanah ini ya.

“Amanah yang menjadi bukti cinta kita dahulu. Kita besarkan mereka sama-sama ya. Semoga awak dapat ketenangan.

“Semoga Shuk jadi ayah terbaik untuk anak-anak walaupun kita dah tak bersama,” katanya.

Perkongsian tersebut seterusnya meraih pelbagai respons ramai yang rata-ratanya memuji dia masih berhubung baik dengan Shuk walaupun pernah melalui pelbagai peristiwa hitam.

“Bagusnya cara Sera, masih baik dan kerap membawa anak-anak bertemu dengan Shuk,” puji netizen.

“Baiknya Sera. Untuk Shuk, jangan sia-siakan peluang yang diberikan itu, jadikan hal lalu sebagai pengajaran,” komen seorang lagi netizen.

Sehingga hari ini, status hubungan antara Shuk dan Sera masih menjadi tanda tanya ramai.

Kedua-duanya masih tidak berkongsi lanjut tentang status sebenar.

Hasil perkahwinan yang dibina pada 2015, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI