fbpx

27 premis kotor diarahkan tutup di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang pemilik sebuah kedai makan (kiri) sedang mendapat penjelasan daripada seorang anggota JKNS dalam operasi bersepadu JKNS di Batu Caves, Gombak, Khamis lalu

SHAH ALAM- Sebanyak 27 premis di sekitar Bandar Baru Selayang dan Batu Caves telah diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), dalam sebuah operasi bersepadu pada Khamis lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, kesemua premis ini diminta berbuat demikian kerana gagal mematuhi undang-undang yang termaktub di dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“(Selain itu), sebanyak 224 notis kesalahan yang telah dikeluarkan dalam pemeriksaan yang melibatkan 165 buah premis berkenaan.

“Antara kesalahan yang dilakukan seperti tidak patuh dalam (aspek) pelupusan sampah, tidak mematuhi kebersihan premis makanan, tidak mempamerkan perakuan pendaftaran dan lain-lain lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain pemeriksaan terhadap premis, Sha’ari memaklumkan bahawa pihaknya turut membuat pemeriksaan terhadap pelanggan serta pekerja premis yang menghisap rokok di dalam premis.

Menurutnya, sebanyak 95 notis telah dikeluarkan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI