fbpx

[VIDEO] Aktiviti merempit di KT Bypass dibanteras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penunggang motosikal dalam kalangan remaja yang ditahan dalam operasi bersepadu berhampiran KT Bypass, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Seramai 134 notis kompaun atas pelbagai kesalahan trafik telah dikeluarkan dalam operasi dilaksanakan di Jalan Pintasan Kuala Terengganu atau Kuala Terengganu (KT) Bypass berhampiran Bukit Bayas di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, operasi bersepadu melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu turut menyita 17 motosikal.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini telah menerima banyak aduan ramai berhubung KT Baypass sering menjadikan golongan remaja untuk berlumba dan menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya.

“Sehubungan itu, operasi bersepadu telah dilancarkan bagi membanteras aktiviti tidak sihat itu dalam pemantauan selama lima jam sehingga pukul 9 malam tadi,” katanya di sini hari ini.

Wan Rukman berkata, walaupun tiada tangkapan dilakukan, sebanyak 17 motosikal telah disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi siasatan dan pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu telah diarahkan untuk mempertingkatkan operasi membendung aktiviti samseng jalanan terutama pada hujung minggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI